1 Disember 2025 – Perbincangan Meja Bulat (Round Table Discussion, RTD) ini telah menjadi satu wadah penting dalam usaha berterusan AGENDA untuk menangani isu gangguan seksual secara lebih menyeluruh, berfakta dan bersepadu.
Program ini dianjurkan bersama oleh Wanita IKRAM Pusat dan Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA), bertujuan membentangkan dapatan kajian bertajuk “Persepsi Masyarakat Terhadap Isu Gangguan Seksual di Malaysia: Peranan Lelaki”, serta membuka ruang perbincangan ilmiah dan strategik dalam kalangan NGO Islam dan pemegang taruh berkaitan.

Sesi pembentangan kajian telah disampaikan oleh Dr. Sakeena Zahidah Mohamed Shah Redza, Ahli Jawatankuasa AGENDA. Kajian ini meneliti perspektif lelaki terhadap isu gangguan seksual, termasuk aspek kefahaman batas tingkah laku, penormalan perlakuan tertentu dalam masyarakat, pengaruh budaya dan media digital, serta jurang pengetahuan terhadap definisi dan implikasi gangguan seksual menurut undang-undang dan nilai Islam.
Perbincangan meja bulat ini turut menghimpunkan pelbagai pihak merangkumi penggubal dasar, ahli akademik, pengamal undang-undang, aktivis lapangan, ahli psikologi, wakil NGO belia serta agensi kerajaan. Walaupun datang daripada latar belakang dan bidang kepakaran yang berbeza, para peserta sebulat suara bersetuju bahawa usaha membanteras gangguan seksual tidak akan berkesan tanpa penglibatan dan kefahaman lelaki sebagai sebahagian daripada penyelesaian.
Antara objektif utama penganjuran program ini ialah:
Hasil perbincangan dan resolusi yang dirumuskan daripada sesi ini akan dijadikan asas kepada usaha advokasi, pendidikan masyarakat dan kerjasama strategik pada masa hadapan.
Semoga inisiatif ini menjadi langkah berterusan ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih selamat, bermaruah dan sejahtera untuk semua, selari dengan tuntutan keadilan sosial dan nilai kemanusiaan sejagat.

Rujukan :
1- Post facebook Wanita IKRAM Malaysia : https://www.facebook.com/share/p/1WKVYKWzSs/