Wacana Kedinamikan Kepimpinan Wanita Malaysia

Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA), dengan kerjasama Jawatankuasa Wanita IKRAM Malaysia telah menganjurkan Wacana Kedinamikan Kepimpinan Wanita Malaysia. Program ini memberi tumpuan kepada cabaran dan peluang bagi wanita dalam kepimpinan serta langkah-langkah untuk memperkasakan kepimpinan wanita dalam pembangunan negara.

Tarikh: 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Auditorium Institut Asia Eropah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Wacana ini merumuskan dapatan perbincangan kedinamikan wanita dalam pembangunan negara seperti berikut:

  1. Budaya dan Tanggapan Negatif: Faktor budaya dan stereotaip masih membataskan penglibatan wanita dalam kepimpinan.
  2. Pencapaian Dasar dan Langkah Peningkatan: Kejayaan dasar-dasar semasa dan inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kedinamikan wanita.
  3. Pengalaman dan Cabaran Individu: Pengalaman peribadi serta cabaran yang dihadapi oleh wanita dalam kepimpinan.

Cadangan tindakan untuk memperkasakan kedinamikan wanita dalam pembangunan negara termasuk:

  1. Peningkatan Kesedaran dan Perubahan Paradigma: Mendidik masyarakat untuk mengubah persepsi terhadap peranan wanita dalam kepimpinan.
  2. Pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan: Memastikan dasar dan pelan tindakan yang menyokong wanita dilaksanakan dengan berkesan.
  3. Membangunkan Ekosistem dan Jaringan Sokongan: Mewujudkan rangkaian sokongan yang kuat untuk memperkasakan wanita dalam pelbagai sektor.

TaglineMemacu Minda Perubahan (Driving Minds for Change)

Terima kasih kepada semua tetamu jemputan dan peserta program yang telah hadir daripada seluruh Malaysia. Penghargaan khusus diberikan kepada YB Fuziah Salleh kerana sudi merasmikan program ini. Malahan ucapan penghargaan diberikan kepada semua panelist yang telah memberikan idea dan perkongsian yang sangat bermanfaat semasa sesi sumbang bernas iaitu: 

  • YB Anfaal Saari
  • Prof. Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail
  • YBhg. Datin Paduka Noraini Roslan
  • YBrs. En. Chua Choon Hwa

Peserta boleh merujuk kepada link dibawah untuk rumusan program yang telah dibentangkan oleh Prof Dr Rooihada, Pengerusi AGENDA.

Link Rumusan : https://bit.ly/RUMUSANWACANA

This image has an empty alt attribute; its file name is 452353272_122118918326339634_8368961944146035115_n-1-1024x1024.jpg
Kongsi artikel ini:

Artikel berkaitan

Wacana Kedinamikan Kepimpinan Wanita Malaysia

Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA), dengan kerjasama Jawatankuasa Wanita IKRAM Malaysia telah menganjurkan Wacana Kedinamikan Kepimpinan Wanita Malaysia. Program ini…
Baca lagi

Keberadaan Kepimpinan Wanita Dalam Pembangunan Semasa di Malaysia?

Pada Februari 2024, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah dilaporkan berkata bahawa penglibatan wanita sebagai…
Baca lagi
women discussion on women agenda

Persidangan Meja Bulat (RTD) Isu Kesihatan Mental

AGENDA telah terlibat dengan inisiatif Persidangan Meja Bulat (RTD) isu berkaitan kesihatan mental melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan-badan bukan…
Baca lagi
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.