PEMBENTANGAN 6TH KANITA CONFERENCE

12 November 2025 | Universiti Sains Malaysia (USM)
Pada Persidangan Antarabangsa Tahunan 6th KANITA International Conference on Gender Studies (KICGS), Agenda telah diwakili oleh Dr. Sakeena Zahidah Bt Mohamed Shah Redza, yang membentangkan sebahagian daripada dapatan awal Kajian Persepsi Lelaki Terhadap Gangguan Seksual.

Pembentangan ini menekankan keperluan memahami perspektif lelaki dalam usaha memperkukuhkan intervensi pencegahan gangguan seksual. Pendekatan ini penting bagi memperkayakan wacana ilmiah berkaitan isu gender, keselamatan sosial, dan pembentukan dasar yang lebih responsif.

Antara dapatan utama yang diketengahkan termasuklah:

  • Majoriti responden menolak dengan tegas perbuatan yang jelas berunsur seksual.
  • Namun, terdapat kekeliruan mengenai tingkah laku halus seperti merenung, memuji penampilan fizikal, atau kerap mengajak keluar makan/minum — yang sebenarnya boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual.
  • Beberapa faktor persekitaran sosial turut dikenal pasti sebagai pemangkin, antaranya pengaruh rakan sebaya (55.6%) dan tanggapan bahawa mangsa memberikan galakan (53.7%), khususnya apabila wanita tidak menyatakan penolakan secara jelas.
  • Faktor lain yang signifikan termasuk persepsi mengenai penampilan fizikal (45.9%) dan anggapan bahawa ia “sekadar gurauan” (45.5%).

Dapatan ini menunjukkan wujudnya normalisasi sosial yang toksik serta naratif menyalahkan mangsa, yang mengalih tanggungjawab daripada pelaku dan seterusnya mengekalkan budaya gangguan seksual.

Kajian ini turut mendapati 55.1% responden pernah mengalami gangguan seksual, manakala 25.9% mengakui pernah melakukannya. Hal ini memberi gambaran tentang kitaran gangguan seksual yang tidak sihat, di mana pengalaman sebagai mangsa berpotensi mempengaruhi perilaku sebagai pelaku.

Agenda kekal komited untuk menyokong penyelidikan berimpak tinggi yang dapat memperkasa masyarakat, mempengaruhi pembangunan dasar, dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, bermaruah dan inklusif untuk semua.

Kongsi artikel ini:

Artikel berkaitan

Forum Masyarakat Madani: Menolak Ketaksuban, Mempromosi Hikmah melalui Asas Islam Rahmah (AISAR)

Forum Masyarakat Madani: Menolak Ketaksuban, Mempromosi Hikmah melalui Asas Islam Rahmah (AISAR) telah berlangsung pada 28 Disember 2025 di Nasyrul…
Baca lagi

Pembentangan Dapatan Kajian Isu Gangguan Seksual – Peranan Lelaki

1 Disember 2025 – Perbincangan Meja Bulat (Round Table Discussion, RTD) ini telah menjadi satu wadah penting dalam usaha berterusan…
Baca lagi

Penyertaan wakil AGENDA dalam Professional Certificate in Contemporary Leadership

Tahniah diucapkan kepada Saidatul Syuhada, Setiausaha AGENDA, atas kejayaan menamatkan Professional Certificate in Contemporary Leadership (PCCL) anjuran MyREF. Kejayaan ini…
Baca lagi
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.