

Konvensyen IKRAM Academia 2025 dengan tema “Menjana Ilmu, Menyebar Rahmah: Peranan Akademia” telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 11 Oktober 2025, bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Program anjuran Persatuan Akademia IKRAM Malaysia ini telah menghimpunkan seramai 60 orang peserta daripada pelbagai latar belakang akademik dan institusi pendidikan seluruh negara. Agenda turut diwakili oleh Saidatul Syuhada (Setiausaha Agenda) serta Prof. Dr. Siti Zaiton Mohd Hashim, yang hadir sebagai penyokong kepada usaha memperkukuh peranan akademia dalam pembangunan ilmu dan masyarakat.
Majlis turut menampilkan ucaptama oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, yang menekankan bahawa “dunia sekarang semakin laju, dan kita perlu berfikir dengan pantas serta responsif dalam menawarkan solusi terbaik kepada ummah.”
Pengisian diteruskan dengan Forum Akademia bertajuk “Daya Unggul Wanita: Kecemerlangan Akademik Tanpa Sempadan”, menampilkan barisan panelis terkemuka:
Forum ini membuka ruang wacana mengenai potensi besar wanita dalam dunia akademik, serta bagaimana ketahanan mental, kecerdasan intelek dan sokongan ekosistem mampu melahirkan lebih ramai sarjana wanita unggul.
Sebagai organisasi yang komited kepada pembangunan masyarakat melalui ilmu dan kepimpinan, Agenda menzahirkan harapan untuk terus menyokong, mengiktiraf dan bekerjasama dalam penganjuran program-program ilmiah seperti ini. Agenda percaya bahawa penyelidikan, dialog intelektual dan pengukuhan jaringan akademik adalah kunci kepada lahirnya solusi yang tepat, masa depan yang progresif, dan pembangunan ummah yang mampan.
Konvensyen ini diharapkan menjadi pemangkin kepada peranan yang lebih signifikan dalam kalangan para akademia untuk terus menyumbang kepada pembangunan ilmu, masyarakat dan peradaban negara melalui penyelidikan berkualiti, kepimpinan berwibawa serta komitmen berterusan terhadap khidmat kepada ummah.



Untuk maklumat lanjut mengenai IKRAM Academia, boleh layari pautan berikut : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1132340895673032&set=pcb.1132346479005807