World Women Economic and Business Summit (WWEBS) 2025

Transforming Tomorrow: Women Leading in a Digital, Sustainable, & Inclusive Future

AGENDA dengan bangganya menyokong penganjuran Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Wanita Dunia (WWEBS) 2025, sebuah inisiatif berimpak tinggi anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific yang menghimpunkan pemimpin wanita, usahawan, penggubal dasar serta ejen perubahan dari seluruh Asia Pasifik.

Tarikh: 10 Julai 2025
Lokasi: Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Dengan tema “Mengubah Masa Depan: Wanita Menerajui Era Digital, Mampan dan Inklusif”, WWEBS 2025 menekankan keperluan mendesak untuk transformasi kepimpinan wanita dalam menghadapi cabaran global – khususnya dalam dunia digital dan kecerdasan buatan (AI).

Ucapan Dasar oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia
Memberikan hala tuju dasar dan harapan terhadap pemerkasaan wanita Malaysia dalam konteks kepimpinan digital dan komuniti mampan.

Ucapan Pembukaan oleh H.E. Armida Salsiah Alisjahbana, Under-Secretary-General, United Nations, Executive Secretary, UN ESCAP
Menyampaikan pandangan global mengenai kepimpinan wanita dalam pembangunan ekonomi serantau yang inklusif dan berdaya tahan.

Sorotan Ucapan Pengerusi Penganjur oleh Datuk Halimah Mohd Said,
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur WWEBS
“Terdapat keperluan mendesak untuk transformasi kepimpinan di semua peringkat. Pemimpin wanita perlu bersedia berdepan era digital dan AI, dengan kredibiliti memotivasikan pasukan dan menjana perubahan positif secara menyeluruh.” Beliau menekankan keperluan kepada kepimpinan berkarisma dan berwawasan yang mampu membimbing pasukan meneroka pendekatan kreatif serta inovatif untuk masa depan organisasi dan masyarakat.

Gabungan Teknologi & Kreativiti

Selari dengan tema digital, WWEBS turut memperkenalkan elemen seni dan teknologi melalui pameran 19 karya seni oleh 6 artis wanita, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan realiti terimbuh (AR) dalam menghidupkan karya statik – simbolik kepada integrasi teknologi dalam ekspresi wanita.

Perspektif Serantau

Ucapan khas oleh Dr. Lalivan Karnchanachari, Timbalan Menteri Luar Thailand, mengangkat isu jurang gender digital dan menggesa penyelesaian menyeluruh merentas kerajaan, industri dan institusi pendidikan. “Bayangkan sistem kesihatan dan ekonomi yang benar-benar membabitkan wanita di setiap peringkat. Inilah masa untuk memastikan wanita memainkan peranan utama dalam reka bentuk dan tadbir urus teknologi masa depan.”

Setiausaha AGENDA, Saidatul Syuhada, hadir sebagai wakil rasmi dalam Sidang Kemuncak ini. AGENDA menyambut baik sidang kemuncak ini sebagai wadah penting untuk menyuarakan pandangan wanita dalam dasar dan pembangunan ekonomi. Kami menyeru semua pemimpin wanita – sama ada di peringkat akar umbi atau antarabangsa – untuk terus memimpin, memberi inspirasi dan membentuk masa depan secara kolektif.

From left: Saidatul Syuhada, followed by Tan Sri Michael O.K. Yeoh, President of the KSI Strategic Institute for Asia Pacific; and Max Say, Executive Director & Chief Partnership Officer of KSI (second from right).

Kongsi artikel ini:

Artikel berkaitan

agenda wanita

Memperkasa Wanita Merdeka: Dari Kemerdekaan Bangsa kepada Kebebasan Insan

Oleh Sumilah Marto dan Atriza Umar Pada tanggal 31 Ogos 2025, Malaysia menyambut ulang tahun ke-68 kemerdekaan. Tarikh itu bukan…
Baca lagi

World Women Economic and Business Summit (WWEBS) 2025

Transforming Tomorrow: Women Leading in a Digital, Sustainable, & Inclusive Future AGENDA dengan bangganya menyokong penganjuran Sidang Kemuncak Ekonomi dan…
Baca lagi

Selamat Bersara Kepada Ketua Hakim Negara

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN AGENDA WANITA MALAYSIA (AGENDA) Selamat Bersara Kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat Pertubuhan AGENDA…
Baca lagi
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.