Perbincangan Meja Bulat (RTD)- Kepimpinan Wanita Muda

AGENDA telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (RTD) Kepimpinan Wanita Muda
“Kepimpinan Berimpak: Membentuk Naratif Bersama Wanita Muda dalam Isu Wanita & Keluarga”

Tarikh: 3 Mei 2025, Sabtu
Masa: 10:30 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat: Seri Kembangan, Selangor

AGENDA telah menganjurkan satu sesi diskusi dinamik berbentuk Focus Group Discussion (FGD), menghimpunkan pemimpin wanita pelbagai latar belakang — dari ahli akademik, aktivis, ahli NGO— demi memperkukuh suara dan kepimpinan wanita muda dalam masyarakat sivil.

Sesi ini menjadi ruang penting untuk:
🔹 Mendengar sendiri aspirasi dan cabaran wanita muda
🔹 Merangka idea dan strategi bersama untuk memajukan kepimpinan wanita
🔹 Memperkukuh jaringan kerjasama antara NGO dan AGENDA

Isu-isu yang diketengahkan:

  • Kurangnya sokongan lelaki dalam organisasi
  • Rasa rendah diri dalam kalangan wanita muda
  • Stigma dan tanggapan tradisional terhadap wanita memimpin
  • Isu mikro seperti keselamatan, fasiliti mesra wanita, dan sokongan untuk ibu bekerja

Kesimpulan:

FGD ini membuka jalan kepada sebuah naratif baru — bahawa kepimpinan wanita bukan sahaja perlu diraikan, tetapi harus diperkasa secara sistematik dan inklusif, dengan sokongan padu daripada keluarga, masyarakat dan dasar awam.

Terima kasih kepada AJK dari NGO berikut yang telah memberikan pendapat untuk RTD ini:
1- IKRAM Muda Malaysia
(Facebook : https://www.facebook.com/IKRAMMudaMalaysia/)
2- Harmoni Malaysia
(Website : https://www.harmonimalaysia.org.my/)
3- MIZAN (Muslimah Interest Zone And Networking Association)
(Facebook : https://www.facebook.com/MIZANsistersOfficial/)
4- Hidayah Centre Foundation
(Website :https://hidayahcentre.org.my/)

Kongsi artikel ini:

Artikel berkaitan

agenda wanita

Memperkasa Wanita Merdeka: Dari Kemerdekaan Bangsa kepada Kebebasan Insan

Oleh Sumilah Marto dan Atriza Umar Pada tanggal 31 Ogos 2025, Malaysia menyambut ulang tahun ke-68 kemerdekaan. Tarikh itu bukan…
Baca lagi

World Women Economic and Business Summit (WWEBS) 2025

Transforming Tomorrow: Women Leading in a Digital, Sustainable, & Inclusive Future AGENDA dengan bangganya menyokong penganjuran Sidang Kemuncak Ekonomi dan…
Baca lagi

Selamat Bersara Kepada Ketua Hakim Negara

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN AGENDA WANITA MALAYSIA (AGENDA) Selamat Bersara Kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat Pertubuhan AGENDA…
Baca lagi
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.