Karnival Wanita Madani 2025

PUTRAJAYA, 26 Februari 2025 – Wakil AGENDA, Timbalan Pengerusi AGENDA Prof. Dr Melasutra bt Md Dali dan Setiausaha AGENDA Saidatul Syuhada, telah menghadiri Karnival Wanita MADANI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Karnival yang penuh inspirasi ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Perdana Menteri merangkap Pengerusi KASIH Malaysia, dengan tema “Wanita MADANI: Tonggak Keunggulan Keluarga & Pencetus Generasi Gemilang”.

Karnival ini merupakan platform penting dalam memperkasa wanita dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, dan kesihatan bagi melahirkan masyarakat progresif dan harmoni. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan, termasuk sesi forum, pameran serta perkongsian ilmu yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan mental dan fizikal wanita, pendidikan sepanjang hayat, pengurusan sosial, dan kemahiran kewangan yang berkesan.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menekankan kepentingan pemerkasaan institusi keluarga dalam menghadapi cabaran semasa seperti kemajuan teknologi, kepesatan media sosial, dan perubahan ekonomi. Beliau turut menyeru agar wanita menjadi suri teladan, sumber inspirasi, serta pendukung utama dalam keluarga dan masyarakat.

Forum-Forum Utama

Sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan, tiga sesi forum telah diadakan dengan kehadiran barisan panel pakar:

1️⃣ Iltizam MADANI: Wanita Berjaya, Pemangkin Keluarga Bahagia
🗣 Ahli Panel:

  • Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal
  • Prof. Madya Dato’ Dr. Izhar Arif Mohd Kashim

2️⃣ Pemerkasaan Wanita dalam Ekonomi
🗣 Ahli Panel:

  • Dato’ Prof. Dr. Saadiah Mohamad
  • Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri

3️⃣ Wanita Sejahtera: Sihat Luar & Dalam, Pemacu Keluarga Bahagia
🗣 Ahli Panel:

  • Dr. Hazli Zakaria
  • Datuk Dr. Harlina Halizah Hj Siraj

Lima Teras Deklarasi Wanita MADANI

  1. Menjunjung nilai keagamaan & akhlak mulia demi keharmonian masyarakat.
  2.  Memperkukuh peranan keluarga & komuniti untuk perpaduan masyarakat.
  3.  Memacu ekonomi & keusahawanan demi pertumbuhan inklusif.
  4. Memperkasa pendidikan & kepimpinan wanita sepanjang hayat.
  5. Memperkukuh kolaborasi strategik demi Malaysia MADANI yang progresif.

Karnival ini telah dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, dan KASIH Malaysia.

AGENDA menyokong usaha memperkasa wanita Malaysia ke arah pembangunan yang inklusif dan berdaya saing.

Kongsi artikel ini:

Artikel berkaitan

Ibu Sebagai Pemimpin

Menghargai Peranan, Memahami Cabaran Hari Ibu: Mengangkat Suara dan Jiwa WanitaHari Ibu bukan sekadar satu hari untuk menghadiahkan bunga atau…
Baca lagi

Perbincangan Meja Bulat (RTD)- Kepimpinan Wanita Muda

AGENDA telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (RTD) Kepimpinan Wanita Muda“Kepimpinan Berimpak: Membentuk Naratif Bersama Wanita Muda dalam Isu Wanita & Keluarga”…
Baca lagi

Kenyataan Akhbar Menyokong Palestin

Kenyataan Akhbar oleh NGO-NGO Malaysia Susulan Fatwa oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. Kami, NGO-NGO yang tersenarai di bawah, mengambil perhatian…
Baca lagi
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.