Majlis Pelancaran Dasar Sosial Negara

Pada 21 Oktober 2024, Bendahari Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA), Saidatul Syuhada binti Ahmad Shukri telah menghadiri majlis pelancaran Dasar Sosial Negara di World Trade Centre Kuala Lumpur. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dasar Sosial Negara 2030 (DSN 2030) menetapkan hala tuju pembangunan sosial negara dengan pendekatan inklusif, selaras dengan visi Ekonomi MADANI untuk mewujudkan masyarakat makmur dan progresif. DSN 2030 berperanan sebagai dasar payung bagi menangani pelbagai isu sosial secara menyeluruh melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat. Antara objektif utamanya ialah meningkatkan kedudukan Malaysia ke tangga 25 teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia dan Indeks Persepsi Rasuah, selain memastikan kadar penyertaan tenaga kerja wanita mencapai 60% menjelang 2030.

Melalui pendekatan whole of government and nation, DSN 2030 memberi tumpuan kepada beberapa inisiatif utama. Ini termasuk penubuhan platform perkhidmatan sosial digital sebagai pusat sehenti untuk sokongan kesihatan mental dan kebajikan, di samping hab komuniti untuk latihan literasi digital dan inkubator keusahawanan sosial. Penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) juga digalakkan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin kompleks.

Dalam menangani cabaran terkini seperti jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan kes penipuan dalam talian, DSN 2030 menekankan kerjasama rentas agensi dan garis panduan khusus untuk kawalan akses peranti. Selain itu, kerajaan komited untuk memperbaiki pengurusan banduan rentan termasuk warga emas dan pesakit mental melalui pengwujudan rumah perlindungan serta pemulihan alternatif.

Kempen seperti ‘Hindar Bunuh Diri’ turut ditekankan bagi menangani isu kesihatan mental. Dasar ini bertujuan mencapai keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan sosial, memastikan kemakmuran bersama, dan membentuk masyarakat yang lebih berdaya saing serta bermartabat tinggi.

Muat Turun Info Dasar Sosial Negara (pdf)

SIARAN MEDIA: https://dmedia.penerangan.gov.my/upload/sm/21102024.1945092574.pdf

Link dari kementerian  : https://drive.google.com/drive/folders/1fxFJMjSHhP7LO7ns1LG0qoYnLE95-ulv

Kongsi artikel ini:

Artikel berkaitan

agenda wanita

Memperkasa Wanita Merdeka: Dari Kemerdekaan Bangsa kepada Kebebasan Insan

Oleh Sumilah Marto dan Atriza Umar Pada tanggal 31 Ogos 2025, Malaysia menyambut ulang tahun ke-68 kemerdekaan. Tarikh itu bukan…
Baca lagi

World Women Economic and Business Summit (WWEBS) 2025

Transforming Tomorrow: Women Leading in a Digital, Sustainable, & Inclusive Future AGENDA dengan bangganya menyokong penganjuran Sidang Kemuncak Ekonomi dan…
Baca lagi

Selamat Bersara Kepada Ketua Hakim Negara

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN AGENDA WANITA MALAYSIA (AGENDA) Selamat Bersara Kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat Pertubuhan AGENDA…
Baca lagi
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.