Keberadaan Kepimpinan Wanita Dalam Pembangunan Semasa di Malaysia?

Pada Februari 2024, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah dilaporkan berkata bahawa penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor awam kini telah mencapai 42 peratus iaitu melebihi dasar penetapan 30 peratus kuota wanita. Realitinya pengupayaan wanita melalui keterlibatan dan keberadaan mereka dalam proses pembangunan dan pembuatan keputusan didapati masih rendah secara keseluruhannya. Pada tahun 2021, peratusan perwakilan wanita dalam kerusi Parlimen hanya sebanyak 14.5 peratus. Begitu juga peratusan wanita terlibat dalam perencanaan dan pembangunan komuniti di peringkat pihak berkuasa tempatan masih tidak mencapai 20 peratus walaupun hakikatnya jumlah penduduk wanita begitu ketara dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

Isu kepimpinan wanita di Malaysia mempunyai latar belakang yang kompleks merangkumi faktor sosial, budaya, politik dan ekonomi. Berlatar belakang lanskap ini menjadikan peranan dan keterlibatan wanita dalam pembangunan negara masa kini agak kecil dan terhad dalam bidang tertentu. Tidak dinafikan juga bahawa pencapaian secara keseluruhan telah bertambah baik dalam aspek pendidikan, ekonomi, kesejahteraan sosial dan kesedaran kesetaraan hak dalam kalangan masyarakat sivil masa kini. Namun begitu, transformasi ini masih kecil dan diiringi cabaran-cabaran yang menghambat pengupayaan keterlibatan wanita yang maksima. Beberapa isu dan cabaran seperti diskriminasi gender, penghijrahan kerjaya, ketidakseimbangan kerjaya dan kehidupan, kesejahteraan mental serta kesenjangan upah adalah antara perkara yang perlu dicari jalan penyelesaian. Bagaimana kefahaman mengenai kepentingan kepimpinan wanita dalam pembangunan di Malaysia serta cabaran yang berkaitan, dapat disampaikan kepada semua ahli masyarakat?

Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA) Malaysia meyakini bahawa semua ahli masyarakat khususnya kaum wanita perlu memahami kepentingan meningkatkan keterlibatan kepemimpinan wanita di semua peringkat. Usaha perlu ditingkatkan agar berlaku transformasi sewajarnya yang membolehkan kaum wanita memainkan peranan masing-masing dalam menangani cabaran kepimpinan ini dan seterusnya memberi sokongan yang bersesuaian kepada rakan wanita lain. Penglibatan dan sokongan yang aktif bagi memperkasakan kepimpinan wanita adalah penting untuk mencapai kesaksamaan gender dalam pembangunan negara.

Oleh:
Prof. Madya Dr Roohaida Othman
Pengerusi AGENDA
8 Ogos 2024

Kongsi artikel ini:

Artikel berkaitan

Wacana Kedinamikan Kepimpinan Wanita Malaysia

Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA), dengan kerjasama Jawatankuasa Wanita IKRAM Malaysia telah menganjurkan Wacana Kedinamikan Kepimpinan Wanita Malaysia. Program ini…
Baca lagi

Keberadaan Kepimpinan Wanita Dalam Pembangunan Semasa di Malaysia?

Pada Februari 2024, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah dilaporkan berkata bahawa penglibatan wanita sebagai…
Baca lagi
women discussion on women agenda

Persidangan Meja Bulat (RTD) Isu Kesihatan Mental

AGENDA telah terlibat dengan inisiatif Persidangan Meja Bulat (RTD) isu berkaitan kesihatan mental melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan-badan bukan…
Baca lagi
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.