Seminar Nafkah Keluarga 2023

Mengapa isu nafkah sering membelenggu rumah tangga dan selepas perceraian? Dalami ilmu mengenainya. Jangan kerana kejahilan, nasib keluarga tidak terbela.

Satu seminar Nafkah Keluarga telah diadakan sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan pada 11 November 2023 (Sabtu) bertempat di Ibu Pejabat IKRAM Malaysia.

Seminar ini adalah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dengan kerjasama Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Antara tajuk yang dibincangkan dalam seminar ini ialah “Nafkah Keluarga: Antara Abai dan Andai” yang telah disampaikan dalam bentuk forum oleh ahli panel Prof Dr Najibah Mohd Zain, Tn Mohamad Zakian Dio dan En Md Noh Saiman. Satu pembentangan bertajuk “Nafkah Tanggungjawab Keluarga” juga telah dibentangkan oleh Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Tn Muhammad Zaki Sukery dan Dr Norzitah Abdul Karim. Sesi telah dikendalikan oleh moderator terkenal Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Kongsi artikel ini:

Artikel berkaitan

Penyertaan wakil AGENDA dalam Professional Certificate in Contemporary Leadership

Tahniah diucapkan kepada Saidatul Syuhada, Setiausaha AGENDA, atas kejayaan menamatkan Professional Certificate in Contemporary Leadership (PCCL) anjuran MyREF. Kejayaan ini…
Baca lagi

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2025

Tamatkan Keganasan Digital Terhadap Semua Wanita Dan Kanak-Kanak Perempuan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita yang disambut pada 25 November…
Baca lagi

PEMBENTANGAN 6TH KANITA CONFERENCE

12 November 2025 | Universiti Sains Malaysia (USM)Pada Persidangan Antarabangsa Tahunan 6th KANITA International Conference on Gender Studies (KICGS), Agenda…
Baca lagi
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.
(PPM-013-10-2012022)
Emel: setiausaha.agenda@gmail.com
© 2024 Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia. Hakcipta Terpelihara.