Sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2025 dan Bulan Keluarga Kebangsaan, Agenda bersama KASIH Malaysia menyokong penuh segala usaha menghentikan semua bentuk keganasan terhadap wanita, termasuk keganasan rumah tangga.
Tahun ini, tema “UNiTE to End Digital Violence Against All Women and Girls” mengingatkan kita bahawa keganasan tidak hanya berlaku di ruang fizikal, tetapi turut merebak ke ruang digital.
Keganasan digital merangkumi:
❌ Gangguan dan ancaman dalam talian
❌ Penyebaran imej intim tanpa izin
❌ Cyberbullying, trolling, body shaming dan ugutan
❌ Deepfake dan manipulasi imej/video
❌ Doxxing dan pencerobohan privasi
❌ Pengintipan siber, grooming dan eksploitasi
❌ Penyamaran, catfishing dan rangkaian misoginis
Mari bersama hentikan keganasan digital. Lindungi wanita dan kanak-kanak perempuan, di rumah dan di ruang maya.
