
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya, Prof Madya Dr. Roohaida binti Othman, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Saya amat berbesar hati untuk mengetuai organisasi ini yang berjuang untuk fokus kepada isu-isu wanita dan keluarga.
NGO AGENDA ditubuhkan dengan tujuan memperjuangkan isu-isu wanita dan keluarga dari sudut pandang yang seimbang. Kami komited dalam mendidik masyarakat agar lebih memahami kepentingan isu-isu ini, yang merupakan asas kepada pembentukan masyarakat yang adil dan harmoni. Fokus kami adalah untuk meningkatkan kepimpinan wanita dan kesedaran mengenai kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia.
Kami berperanan sebagai platform bagi aktivis yang memperjuangkan isu wanita dan keluarga dari pelbagai latar belakang untuk berkongsi idea dan pandangan dalam membangunkan potensi wanita. Di samping itu, kami juga menjalankan penyelidikan yang mendalam mengenai isu-isu yang berkaitan, bagi memastikan segala tindakan yang diambil adalah berdasarkan data dan fakta yang tepat.
Dalam memimpin AGENDA, saya berusaha untuk membina jaringan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi lain yang turut menjuarai isu-isu wanita dan keluarga. Melalui kerjasama ini, kita dapat memperkuatkan usaha dan mencapai impak yang lebih besar dalam masyarakat.
Dengan penuh dedikasi, saya akan memimpin AGENDA dalam memperjuangkan hak-hak wanita dan mendorong perubahan positif. Saya berharap agar kita semua dapat terus menyokong dan menyertai usaha ini, demi masa depan yang lebih cerah untuk wanita dan keluarga di Malaysia.
Terima kasih.
Pengerusi: Prof Madya Dr Roohaida Othman
Timb Pengerusi: Dr TPr. Melasutra Md Dali
Setiausaha: Saidatul Syuhada
Timb Setiausaha: Sumilah Marto
Bendahari: Datin Dr Amalina Abdullah
AJK: Dr Siti Zaiton Mohd Hashim
AJK: Siti Zainab Bakar
AJK: Prof Madya Dr Nadzirah Ahmad Basri
Pemeriksa Kira-kira: Dr Norzitah Abd Karim
Senarai Kajian
1- 2025 : PERSPEKTIF LELAKI TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL DI MALAYSIA: NORMA SOSIAL, KECENDERUNGAN JANTINA DAN IMPLIKASI TERHADAP KESEJAHTERAAN MASYARAKAT. Penulis : Sakeena Zahidah Mohamed Shah Redza Zaharah Sulaiman and Roohaida Othman
Link : https://drive.google.com/file/d/1LT7BD44X3qQ4DrnAN9bcF4EHYa4hErUb/view?usp=sharing
2-2025 : Penerokaan Makna Sosial Stereotaip Gender terhadap Kepimpinan Persatuan Belia Islam di Malaysia. Penulis : Afif Aliyana
3- 2025 : Just for Fun? Male Perceptions, Motivations, and Social Dynamics Behind Sexual Harassment in Malaysia. Author : Sakeena Zahidah Mohamed Shah Redza Zaharah Sulaiman and Roohaida Othman
Link : https://drive.google.com/file/d/1Fd6AFR5kcieHjg2kXtE_NKB3h1GdxFuq/view?usp=sharing